Ketam Berinti ( Stuffed Crabs )

Ketam Berinti ( Stuffed Crabs )

Bahan – bahannya :

  • 1 Mangkuk kecil kentang lenyek
  • 4 Keping kulit ketam – direbus
  • 1 Mangkuk kecil sayur campuran
  • 1 Mangkuk kecil isi ketam
  • ½ Biji bawang besar – dicincang halus
  • 3 Biji cili padi – dicincang halus
  • 1 Biji telur
  • 1 Sudu teh serbuk lada hitam
  • Sedikit serbuk cili kasar
  • Sedikit serbuk maggi cukuprasa
  • Minyak untuk menggoreng
Ketam Berinti ( Stuffed Crabs )

Cara Penyediaan :

  1. Cuci kulit ketam hingga bersih dan rebus bersama sepit2 ketam..kemudian ambil isi dari sepit2 ketam. ketepikan.
  2. Ambil satu mangkuk..masukkan semua bahan kedalamnya.. Gaulkan kesemua bahan termasuk isi ketam dan telur. Gaulkan hingga sebati.
  3. Sebelum disumbat inti..sapukan sedikit minyak didalam kulit ketam supaya inti tidak melekat pada kulit nanti…
  4. Kemudian masukkan bahan yang digaul tadi sumbat kedalam kulit ketam.
  5. Ulang buat hingga habis..
  6. Panaskan minyak dan masukkan ketam kedalam kuali / periuk dengan minyak yang sederhana panas. Supaya isi didalamnya masak dengan baiknya.Selepas nampak garing bolehlah terbalikkan ketam dengan keadaan isinya dibawah pulak. Goreng sehingga masak.angkat dan toskan minyak..
  7. Sedia dihidang dengan sos cili atau makan dengan nasi panas2..
  8. Siap resepi ketam berinti ( stuffed crabs )
  9. Selamat mencuba.