Ketupat Palas

Ketupat Palas

Bahan – bahannya :

  • 3 Kilo beras pulut – dibersih dan toskan
  • 1 ½ Kilo santan
  • 4 Cawan air
  • Garam secukuprasa
  • 1 Sudu besar gula
  • 3 Helai daun pandan
Ketupat Palas

Cara Penyediaan Pulut :

  1. Masukkan santan dan air ke dalam kuali..kacau dan biar hingga mendidih ..
  2. Kemudian masukkan garam , gula dan daun pandan..kacau2 rata..
  3. Akhirnya masukkan beras pulut..kacau2 rata sehingga pulut menjadi setengah masak dan santan sebati dengan pulut..
  4. Kacau sehingga kering ..kemudian tutup sebentar hingga naik wap selama 10 minit sahaja..
  5. Buka tudung dan gembur2kan pulut..matikan api..ketepi sebentar hingga sejuk…

Cara Membalut Ketupat Palas :

  1. Bukakan daun palas..kemudian bentukkan daun seperti bentuk kon..
  2. Masukkan beras pulut yang sudah disejukkan kedalam bucu kon daun palas..masukkan pulut yang sudah di masak hingga penuh dan tekan2 sedikit .jangan terlalu padat ok..
  3. Kemudian, tarik ekor daun palas menghala ke bawah bagi menutupi pulut tersebut…
  4. Rapatkan dan kemaskan daun tersebut. Biar betul betul ketat balutannya.
  5. Pusing pula daun ke belakang kelongsong sambil menghala ke atas..
  6. Kemudian lipat lagi ..
  7. Alihkan kedudukan ketupat biar muncungnya menghala ke atas ..
  8. Tarik ekor daun palas dan sematkan di celah lipatan.
  9. Hati hati ok agar balutan tidak terbuka.
  10. Kemaskan balutan dengan cara menarik ekor daun kuat sedikit. Jangan tarik terlalu kuat kerana daun palas akan terkoyak nanti..
  11. Kemudian simpulkan ekornya bagi mematikan balutan dan juga untuk mengelakkan air dari masuk ke dalam ketupat bila direbus.
  12. Ketupat palas telah pun siap dibalut.
  13. Kemudian rebus ketupat lebih kurang 1½ jam hingga ketupat betul2 masak..
  14. Apabila masak ..sejukkkan sebentar dan sediakan untuk dihidangkan bersama rendang ayam , rendang daging atau kari daging..ikut citarasa masing2..
  15. Selamat mencuba…