Kubis Goreng Telur

Kubis Goreng Telur

Bahan – bahannya :

  • 1/2 Biji kubis sederhana besar – dipotong menyerong dan asingkan batang kubis dan daunnya..
  • 1  mushroom enoki – dipotong 2
  • 3 Ulas bawang putih – dihiris
  • 3 Biji bawang merah – dihiris
  • 1 Biji telur ayam 
  • 1 Sudu besar serbuk maggi cukup rasa
  • Sedikit lada putih
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Sedikit air
Kubis Goreng Telur
Kubis Goreng Telur

Cara Penyediaan :

https://www.instagram.com/p/CduYOUKJHOu/

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.
  2. Pecahkan telur dalam kuali dan kacau2 rata..
  3. Masukkan batang kubis, sedikit air , mushroom enoki , serbuk maggi cukup rasa dan sedikit serbuk lada putih..kacau rata..
  4. Akhir masukkan sayur kubis , Gaulkan sehingga sebati.
  5. Rasalah kesesuaian citarasanya dengan selera kita, apabila rasanya telah puas hati, matikan api.
  6. Siap Kubis Goreng Telur..
  7. Bolehlah dihidangkan. 
  8. Selamat mencuba..