Kuih Keria Gula Melaka


Kuih Keria Gula Melaka

Bahan – bahannya :

  • 470gm Ubi keledak oren yang telah dikupas kulitnya
  • Garam secukup rasa
  • 130gm tepung naik sendiri

Bahan karamel :

  • 5 gm gula batu
  • 80gm gula melaka – 1 ketul gula melaka – dihiris hancur
  • 2 Helai daun pandan
  • 80ml air

Cara Penyediaan :

  1. Keledek dipotong kiub besar2 dan rebus hingga empuk..Kemudian toskan dan lecek hingga halus. Biarkan sejuk sebentar..
  2. Kemudian masukkan tepung dan garam secukup rasa kedalam ubi keledek yang sudah di lecek. Gaul hingga sebati dan menjadi adunan yang lembut tapi tidak melekat ke tangan. Ketepikan sebentar.
  3. Sediakan dulang , sapukan sedikit minyak keatas dulang.
  4. Kemudian ambil sedikit aduan ubi keledek , anggaran 30gm bulat2kan dan tekan sedikit biar leper.
  5. Cucuk bahagian tengahnya dengan jari untuk menghasilkan lubang , kemaskan dan letak di atas dulang tadi. Sapu sedikit minyak pada tapak tangan jika adunan melekat. Ulang ketul sehingga habis adunan. ketepi sebentar..
  6. Panaskan minyak , goreng kuih keria tadi hingga kuning keemasan, balik2kan agar masak sekata. Angkat, toskan minyaknya.
  7. Kuali yang lain pula , masukkan gula melaka , gula batu , daun pandan dan air. Kacau dan masak dengan api sederhana hingga gula larut. Terus memasak hingga gula mula berbuih dan pekat – bila anda angkat sudip, kelihatan gula seakan2 bertali , masukkan kuih keria tadi dan gaul rata ..masa ni kuih keria akan melekat2, tapi takpe, terus kacau perlahan hingga semua bahagian kuih keria bersalut gula.
  8. Masak sekejap lagi dengan api kecil hingga kuih keria kering.
  9. Matikan api dan alihkan kuih ke atas pinggan.
  10. Pisahkan kuih tadi dan biar hingga sejuk.. Sedia dihidangkan.
  11. Siap Kuih keria Gula Melaka.
  12. Selamat mencuba..