Kuih Lopes Gula Melaka

Kuih Lopes Gula Melaka

Bahan – bahannya :

  • 4 Cawan beras pulut 
  • 2 cawan santan cair – dicampur sedikit garam
  • 1/2 cawan air pandan
  • 2 Cawan Kelapa parut – di gaul dengan sedikit garam..kemudian dikukus sebentar..selama 10 minit
Kuih Lopes Gula Melaka

Cara Penyediaan :

  1. Cuci beras pulut , rendam beras pulut bersama air selama 3jam, masukkan juga 2 , 3 titik pewarna hijau..
  2. Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya.
  3. Kemudian toskan beras pulut dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 20minit.
  4. Kemudian masukkan santan cair yang dicampur dengan sedikit garam dan air pandan.. kukus lagi selama 30minit..kukus hingga pulut masak..
  5. Letakkan pulut yang dikukus keatas plastik ..gulung dan padatnya..ikat kiri dan kanan plastik ..supaya pulut betul2 padat dan cantik bentuknya bila dipotong..
  6. Biarkan sejuk selama 2 , 3 jam sebelum dipotong..
  7. Kemudian potonglah ikut bentuk yg anda suka. 
  8. Kemudian golekkan pulut dalam kelapa parut. 
  9. Sediakan dihidangkan bersama air gula..
  10. Siap Kuih Lopes Gula Melaka

Air Gula Melaka

Bahan bahan :

  • 2 Ketul gula melaka
  • 3 Sudu besar gula merah
  • 2 Cawan air
  • 2 Helai daun pandan- disimpul

Cara Penyediaan :

  1. Masukkan semua bahan dalam periuk, bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga pekat . Biar sejuk seketika..
  2. Bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.