Kuih Puteri Ayu

Kuih Puteri Ayu

Bahan – bahannya :

  • 2 Cawan tepung gandum
  • ½ Cawan santan
  • 4 Sudu besar susu cair
  • 1 Cawan gula
  • 2 Biji Telur
  • 1 Sudu teh Ovalette
  • Sedikit air Pandan
  • Sedikit pewarna hijau
  • 2 Cawan kelapa parut
  • 1 Sudu besar tepung gandum
  • Garam secukuprasa
Kuih Puteri Ayu

Cara Penyediaan :

  1. Masukkan gula , telur dan ovallet kedalam mangkuk.. pukul sehingga kembang dan adunan menjadi gebu. adunan menjadi putih…
  2. Masukkan pula susu cair dan santan.kacau rata..
  3. Tambah pula air pandan dan sedikit pewarna hijau..kacau lagi..
  4. Akhir sekali masukkan tepung yang telah diayak dan kacau2 sehingga adunan tepung menjadi sebati.ketepi sebentar..
  5. Ambil satu mangkuk , masukkan kelapa parut bersama sedikit tepung dan garam secukuprasa..gaul hingga rata..ketepikan .
  6. Kemudian sapukan minyak keseluruhan acuan..dan letakkan sedikit kelapa parut kedalam acuan..tekan2 sedikit kelapa parut..isi kelapa parut kesemua acuan..
  7. Kemudian tuangkan adunan tepung kedalamnya…tuang sehingga penuh acuan..
  8. Panaskan kukusan dan letak acuan yang berisi tepung kedalam periuk kukusan..
  9. Kukus lebih kurang 10 minit dengan api sederhana kecil atau kukus hingga masak..
  10. kukus hingga habis adunannya..
  11. Matikan api…dan sejukkan sebentar baru keluarkan ..
  12. Susun di atas pinggan yang bersesuaian..
  13. Siap kuih puteri ayu saya..
  14. Selamat mencuba