Lempeng Kelapa | Peknga Nyok

Lempeng Kelapa | Peknga Nyok

Bahan – bahannya :

  • 1½ Cawan tepung gandum
  • 2 Cawan kelapa parut putih
  • Garam secukuprasa
  • 2 Sudu besar gula perang /1 sudu besar gula pasir
  • 1 ½ Cawan air
Lempeng Kelapa | Peknga Nyok

Cara Penyediaan :

  1. Masukkan tepung gandum , garam dan gula kedalam mangkuk..kacau2 rata..
  2. Kemudian masukkan kelapa parut..kacau lagi..
  3. Akhirnya masukkan air sikit demi sedikit dan kacau hingga rata dan sebati..
  4. Bancuhannya jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair .ketepikan sebentar..
  5. Panaskan kuali , sapukan sedikit minyak dan sendukkan adunan tuang ditengah2 kuali..dan leperkan adunan dengan menggunakkan senduk ..masak hingga kekuningan ..kemudian terbalikkan semula .biar hingga adunan masak dan sedikit garing…
  6. Ulang sehingga adunan habis..
  7. Sedia untuk dihidangkan bersama sambal ikan bilis atau apa2 sambal anda suka..
  8. Siap lempeng kelapa / peknga nyok orang kedah kata.
  9. Mudah dan cepat ..
  10. Selamat mencuba