Maggi Goreng Kerang
Maggi Goreng Kerang
Bahan – bahannya :
2 Bungkus Maggi kari – direbus
2 Sudu besar serbuk cili
Sedikit air
2 Bungkus serbuk maggi kari
80gm Kerang
2 Biji telur
Salad ( Boom )
Sedikit minyak untuk menumis
Bahan Tumis :
3 Biji bawang merah – dihiris
3 Ulas bawang putih – dihiris
4 Biji cili padi
Cara Penyediaan :
Panaskan minyak , masukkan bahan tumis kedalamnya..tumis sehingga naik wangi..
Kemudian masukkan serbuk cili dan sedikit air..kacau2..tambahkan serbuk maggi kari..kacau lagi..
Kemudian masukkan kerang..kacau dan masak sebentar ..
Masukkan maggi yang direbus terlebih dulu..gaul2 rata dan ketepi maggi tepi kuali..
Pecahkan telur kedalam kuali….kacau2 telur bersama maggi sehingga rata..
Masukkan daun salad..kacau lagi sehingga semuanya bercampur dan sebati..
Matikan api dan sedia dihidangkan untuk minum petang..
Selamat mencuba..
Siap maggi goreng kerang..