Maggi Kari Goreng Basah

Maggi Kari Goreng Basah

  • Selalunya maggi kari ni berkuah.. tetapi kali ni niza nak tukar sedikit..niza nak goreng pulak..maggi kari yang niza nak buat ni , untuk 3 orang je..2 bungkus cukupla.. jom kita tengok bahan – bahan dibawah…

Bahan – bahannya :

  • 2 Bungkus maggi kari – direndam dengan air panas 3 minit
  • Sedikit janggut sotong – cuci dan toskan
  • Sedikit daging batang pinang – dihiris nipis
  • 1 Senduk nasi cili kisar
  • 1 Ulas bawang merah – dihiris
  • 2 Ulas bawang putih – dihiris
  • 3 Biji cili padi merah
  • 1 Biji telur
  • 2 Sudu besar sos cili
  • 2 Bungkus perencah maggi
  • Air secukupnya
  • Sedikit minyak masak
Maggi Kari Goreng Basah

Cara Penyediaan :

  1. Panaskan sedikit minyak , Tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga kekuningan.
  2. Kemudian masukkan cili kisar..masak hingga pecah minyak..
  3. Masukkan sotong , daging dan sedikit air..kacau rata..biar sebentar hingga daging lembut…
  4. Masukkan serbuk maggi kari dan sedikit air ..kacau lagi…perencah maggi niza masukkan 2 bungkus ..tak payah letak garam dah..ikut suka..jika nak guna sebungkus pun ok..yang penting rasa dahulu…
  5. Akhir sekali , masukkan maggi yang telah direndam terlebih dahulu , cili padi dan sos cili ..gaul rata..
  6. Kemudian ketepi maggi sebentar…pecahkan telur..kacau hancur dan gaul keseluruhan maggi hingga rata..jika terlalu kering , boleh masukkan sedikit air lagi..supaya maggi menjadi lembab dan basah…
  7. Apabila rasa dah secukuprasa..tutup api…
  8. Tuang kedalam mangkuk..
  9. Siap maggi kari goreng basah ..
  10. Sedia untuk hidangkan…