Maggi Kari Hailam

Maggi Kari Hailam Sedap
Maggi Kari Hailam

Bahan- bahannya

  • 2 Bungkus maggi kari
  • 1 Bungkus perencah maggi – boleh ditambah jika tak cukup rasa
  • 8 Biji bebola ayam
  • Sedikit cendawan tiram
  • 5 Ulas bawang putih – diketuk
  • 5 Biji cili padi – diketuk
  • Sedikit hirisan daun bawang dan daun sup
  • 1 Biji cili merah – dihiris menyerong
  • 1 Sudu teh tepung jagung – dibancuh dengan sedikit air
  • 600ml air
  • 2 Biji telur
  • 3 Sudu besar kicap lemak manis
  • Sedikit minyak zaiton – untuk menumis
Maggi Kari Hailam

Cara Penyediaan :

  1. Panaskan minyak , tumis bawang putih dan cili padi sehingga naik bau..
  2. Kemudian masukkan perencah maggi kari bersama air secukupnya dan bebola ayam..kacau rata ..tutup tudung kuali..biar mendidih sebentar..
  3. Apabila mendidih , masukkan pula kicap lemak manis dan maggi..kacau dan biar maggi lembut seketika..
  4. Masukkan cendawan tiram , cili merah , hirisan daun bawang dan daun sup ..
  5. Kemudian pecahkan telur dan tuangkan air tepung jagung..kacau2 semuanya sehingga rata dan sebati..
  6. Jika ada yang nak kuah yang banyak ..bolehlah ditambah sedikit lagi air..dan rasa dulu sebelum matikan api..jika kurang letaklah sedikit garam atau serbuk perasa..
  7. Sedia dihidangkan dan dinikmati ..
  8. Sesuai dibuat menu untuk berbuka …
  9. Selamat mencuba…