Masak Asam Utara Ikan Jenahak

Masak Asam Utara Ikan Jenahak

Bahan – bahannya :

  • 2 Keping ikan jenahak – digaul garam kunyit
  • 150 ml air asam jawa
  • Garam secukup rasa
  • 1 Sudu teh gula / serbuk perasa
  • ½ Biji bawang holland – dihiris nipis
  • 1 Biji cili merah besar – dihiris
  • Minyak untuk menggoreng dan menumis

Bahan Menumis :

  • 4 Biji bawang merah
  • 3 Ulas bawang putih
  • 2 Biji cili padi merah
  • 1 Inci halia
Masak Asam Utara Ikan Jenahak

Cara Penyediaan :

  1. Panaskan minyak , goreng ikan sampai garing…Angkat dan toskan…
  2. Buang sedikit minyak gorengan ikan tadi , tinggalkan sedikit sahaja..tumis bahan2 menumis ..kacau2 dan biarkan sebentar sehingga layu dan naik bau…
  3. Kemudian masukkan air asam jawa…
  4. Tambahkan dengan garam dan gula..kacau2 rata..
  5. Masukkan ikan..biarkan mendidih sebentar..jika kuah terlalu kering bolehlah ditambah sedikit air lagi..
  6. Akhirnya masukkan hirisan bawang holland dan hirisan cili besar..biar lagi hingga kuah mendidih..
  7. Rasanya semuanya cukuprasa masam , manis bolehlah matikan api..
  8. Sedia untuk dihidangkan..
  9. Siap masak asam utara ikan jenahak
  10. Selamat mencuba..