Masak Kuning Sotong Campur Kentang

Masak Kuning Sotong Campur Kentang

Bahan – bahannya :

  • 4 Ekor sotong saiz sederhana – dihiris besar 1 inci , cuci dan toskan
  • 2 Biji kentang – dihiris..ikut citarasa masing2 nak hiris kentang macanana ok…
  • 1 Labu bawang besar saiz kecil – dihiris butang
  • 2 Biji cili padi merah
  • Garam gula secukuprasa
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Sedikit lada putih – tak letak pun tidak mengapa…
  • Air secukupnya
  • Minyak untuk menumis

Bahan Tumis :

  • 3 Ulas bawang merah – dihiris
  • 2 Ulas bawang putih – dihiris
  • 1 Cm halia – dihiris
Masak Kuning Sotong Campur Kentang

Cara Penyediaan :

  1. Panaskan minyak dalam kuali , tumis bahan tumisan hingga keperangan …
  2. Kemudian masukkan kentang , sotong , serbuk kunyit dan sedikit air..kacau rata ..dan biar mendidih seketika hingga kentang dan sotong empuk..
  3. Masukkan garam gula secukuprasa ..kacau lagi..biar sebentar hingga pecah minyak..
  4. Apabila pecah minyak , masukkan cili padi merah dan bawang besar..kacau rata dan matikan api…
  5. Siap masak kuning sotong campur kentang..
  6. Tuang kedalam mangkuk , sedia hidangkan…makan dengan nasi putih panas2 sedapp….