Masak Lemak Cili Api Daging Dengan Rebung

Masak Lemak Cili Api Daging Dengan Rebung

bahan _bahannya :

  • 200 Gm daging lembu – dihiris nipis
  • 3 Batang rebung saiz sederhana – dihiris bulat dan nipis..kemudian rebus bersama sedikit garam dan gula hingga lembut…toskan..
  • 1 Cawan santan pekat – jika kurang boleh ditambah
  • 3 Helai daun limau purut
  • 1 Keping asam gelugur
  • 1 Batang serai – diketuk
  • Air secukupnya
  • Garam dan gula secukuprasa

Bahan Kisar :

  • 3 Biji cili api merah
  • 1 Inci kunyit hidup
  • 1 Labu bawang besar
  • 2 Ulas bawang putih
Resepi Masak Lemak Cili Api Daging Dengan Rebung
Masak Lemak Cili Api Daging Dengan Rebung
Rebung Direbus

Cara Penyediaan :  

  1. Sediakan periuk , masukkan daging bersama-sama bahan yang telah dikisar dan serai.
  2. Gunakan api yang sederhana dan masak sehingga mendidih.
  3. Selepas mendidih masukkan santan , daun limau purut dan asam keping..kacau lagi..
  4. Setelah masukkan santan perlulah sentiasa kacau..supaya santan tidak  menjadi berkepala diatas..santan tidak pecah minyak..
  5. Masak hingga mendidih dan daging empuk dan lembut..
  6.  Akhir sekali masukkan rebung , garam dan gula secukuprasa..  Kacau rata dan biar selama 2 , 3 minit lagi ..
  7. Kemudian bolehlah ditutup api.
  8. Masak lemak cili api daging dengan rebung siap untuk hidangkan…
  9. Selamat mencuba…