Masak Lemak Cili Api Telur

Masak Lemak Cili Api Telur

Bahan – bahannya :

  • 4 Biji telur
  • 1 Mangkuk kecil santan
  • 2 Keping Asam Gelugur
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Garam secukuprasa
  • Sedikit serbuk perasa
  • 1 Helai daun kunyit – dihiris halus
  • 2 Batang serai – diketuk
  • Air secukupnya

Bahan Kisar :

  • 4 Biji cili besar
  • 5 Biji cili padi merah
  • ½ Inci kunyit hidup
  • 4 Biji bawang merah
  • 2 Ulas bawang putih
  • Sedikit halia
Masak Lemak Cili Api Telur

Cara Penyediaan :

  1. Masukkan bahan kisar kedalam periuk bersama asam keping , serai dan sedikit air.kacau dan biar sebentar dengan api kecil..
  2. Masukkan pula santan , garam secukuprasa dan sedikit serbuk perasa..
  3. Kacau lagi..
  4. Pecahkan telur dalam mangkuk kecil. Masukkan telur satu persatu hingga telur agak mengeras sedikit ..
  5. Pastikan telur dijarakkan antara satu dengan yang lain. Masak sehingga telur keras, baru boleh dikacau.
  6. Bila telur masak, perlahankan api.
  7. Kacau seketika tapi jangan sampai mendidih, masukkan juga daun kunyit yang dihiris..kacau perlahan lahan hingga kuah sedikit pekat .
  8. Matikan api dan sedia dihidangkan nasi panas2..
  9. Siap masak lemak cili api telur ..
  10. Selamat mencuba