Masak Merah Ayam Pedas

Masak Merah Ayam Pedas

Bahan – bahannya :

  • Setengah ekor ayam – dipotong 10 cuci dan digaul garam kunyit , kemudian digoreng..
  • Garam dan gula secukuprasa
  • 1 Sudu besar sos tomato
  • 1 Sudu besar cili sos
  • Air secukupnya
  • 1/2 Cawan pati santan
  • 3 Batang serai – diketuk
  • Minyak untuk menumis..

Bahan Kisar :

  • 4 Ulas bawang merah
  • 1 Labu bawang besar
  • 3 Ulas bawang putih
  • 3 Cm halia
  • 3 Batang serai
  • 1/2 Inci lengkuas
  • 6 Sudu besar cili kisar
  • 5 Biji cili padi..

Bahan Tumis :

  • 3 Ulas bawang merah – dihiris nipis
  • 2 Ulas bawang putih – dihiris nipis
  • 1/2 Inci halia – dihiris
  • 1 Batang kulit kayu manis
  • 3 Biji bunga cengkih 
  • 1 Biji bunga lawang
  • 2 Biji buah pelaga
Resepi Masak Merah Ayam Pedas
Resepi Ayam Goreng Berempah
Masak Merah Ayam Pedas

Cara Penyediaan :

  1. Panaskan minyak secukupnya , tumis bahan tumisan hingga keperangan dan naik bau..
  2. Kemudian masukkan bahan kisar dan serai yang sudah diketuk..masak hingga pecah minyak…
  3. Masukkan sedikit air , pati santan , garam gula secukuprasa , sos cili dan sos tomato kacau lagi , biar mendidih seketika..
  4. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng kedalam sambal dan kacau rata hingga kuah sedikit pekat dan pecah minyak..
  5. Matikan api dan siap masak merah ayam pedas..
  6. Selamat mencuba…