Masak Merah Lala

Bahan – bahannya :

  • 1 kg lala – dicuci bersih
  • 5 Sudu besar cili kisar
  • 2 Sudu besar sos cili
  • 2 Sudu besar sos tiram
  • 2 Sudu besar sos tomato
  • 5 Helai daun limau purut
  • Garam dan gula perang secukup rasa
  • 1 Kiub pati ayam
  • 50ml air
  • 60ml santan
  • Sedikit hirisan daun sup – dihiris halus
  • Minyak untuk menumis

Bahan Kisar :

  • 6 Biji bawang merah
  • 5 Ulas bawang putih
  • 1 Inci halia
  • 2 Batang serai
  • ½ Inci lengkuas
  • 1 Inci kunyit hidup
Masak Merah Lala

Cara Penyediaan :

  1. Minyak yang panas , tumis bahan kisar hingga naik wangi..
  2. Kemudian masukkan cili kisar..masak sehingga pecah minyak..
  3. Tambahkan sos tomato, sos tiram dan sos cili.. tumis lagi hingga garing.
  4. Tuangkan sedikit air dan helaian daun limau perut dan kiub ayam .kacau rata dan biar sehingga mendidih.
  5. Masukkan sedikit pati santan , garam dan gula secukup rasa.
  6. Masak sehingga kuah agak pekat.
  7. Masukkan lala , kuatkan api , tutup kuali dan biarkan ia masak anggaran 6 -10 minit. Buka tutup kuali kacau sebati.
  8. Akhir sekali masukkan hirisan daun sup. Tutup api dan siap untuk hidangan.
  9. Siap masak merah lala..menu berbuka yang sedap dan menyelerakan…
  10. Selamat mencuba..