Masak Merah Udang

Masak Merah Udang

Bahan – bahannya :

  • 6 Ekor Udang
  • 3 Biji Hirisan Bawang Merah
  • 3 Ulas Hirisan Bawang Putih
  • ½ Inci Hirisan Halia
  • 3 Biji Hirisan Cili Padi
  • 1 Batang Hirisan Serai
  • Kesemuanya dihiris halus.
  • 3 Sudu Besar Cili Kisar
  • Garam Gula Secukup rasa
  • Sedikit Air Asam Jawa
  • Minyak Untuk Menumis

Cara Penyediaan ;

Masak Merah Udang
  1. Panaskan minyak , tumis bahan2 hiris sehingga kekuningan..semua bahan tumis sis saja hiris..tak nak la kisar..kalau nak kisar pun tak jadi masalah..ikut citarasa ok..
  2. Kemudian masukkan cili kisar..masak sehingga pecah minyak..
  3. Apabila pecah minyak ..masuk gula garam secukup rasa dan sedikit air asam jawa..
  4. Kacau dan masak sebentar sehingga mendidih..
  5. Masukkan udang dan kacau lagi..masak sebentar sehingga udang masak dan kuah pecah minyak..
  6. Jika nak letak sos pun tak jadi masalah..yang penting sedap..
  7. Matikan api dan sedia untuk dihidangkan..
  8. Siap masak merah udang cara saya..