Masakan Ayam Ungkep

Masakan Ayam Ungkep

Bahan – bahannya :

  • 5 Ketul Ayam – dipotong kecil dan cuci toskan.
  • 1 Batang serai – diketuk
  • 1/2 Cawan santan
  • Garam dan gula secukuprasa
  • 1Keping asam gelugur
  • Sedikit air
  • Sedikit minyak untuk menumis

Bahan Kisar :

  • 1 Labu bawang besar
  • 3 Ulas bawang putih
  • 3 Ulas bawang merah 
  • 1/2 Sudu teh serbuk ketumbar
  • 1/2 Sudu teh serbuk jintan manis
  • 2 Sudu teh serbuk kunyit / kunyit hidup lagi sedap kalau letak..niza tak letak kunyit hidup..tiada stok
  • 1 Inci halia
  • 3 Biji cili merah
  • 8 Biji cili padi merah
Resepi Masakan Ayam Ungkep
Masakan Ayam Ungkep

Cara Penyediaan :

  1. Panaskan sedikit minyak. Tumis semua bahan kisar sehingga pecah minyak.
  2. Kemudian masukkan  serai , asam keping dan ayam..kacau rata …
  3. Tambahkan sedikit air, garam dan gula secukuprasa . kacau sedikit sehingga rata..kemudian tutup kuali seketika supaya kuahnya mendidih ..
  4. Kacau sekali-sekala supaya ayam tidak hangus..
  5. Apabila kuahnya sedikit kering , ayam pun dah empuk dan masak..matikan api..
  6. Jikalau suka kuah yang banyak tak perlu masak sampai kering dan pecah minyak..ikut citarasa masing – masing…
  7. Sedia untuk dihidangkan masakan ayam ungkep niza….