Mee Goreng Basah

Mee Goreng Basah

Bahan – bahannya :

  • 1 Bungkus mee kuning – dicuci dan toskan
  • 5 Ekor udang sayur
  • 1 Keping fish cake – dihiris nipis
  • 5 Biji bebola ayam – dibelah 2
  • 1 Pokok sawi – dihiris kasar
  • Sedikit tauge
  • 3 Sudu besar cili kisar
  • 2 Sudu besar sos tiram
  • 1 Sudu besar sos tomato
  • 2 Sudu besar sos cili
  • 1 Sudu besar kicap pekat
  • 2 Cawan air
  • 3 Ulas bawang putih – diketuk
  • Garam dan gula secukuprasa
  • Sedikit ajinomoto
  • 1 Biji cili besar untuk hiasan
  • Minyak untuk menumis

Cara Penyediaan :

  1. Panaskan minyak tumis bawang putih hingga naik bau. 
  2. Masukkan cili kisar dan biar pecah minyak seketika…
  3. Kemudian masukkan udang , fish cake dan bebola ayam..gaulkan rata..
  4. Masukkan sos tomato , sos cili , sos tiram , kicap pekat, gula , garam secukuprasa dan sedikit ajinomoto. Kacau rata…
  5. Kemudian masukkan air dan biar menggelegak seketika…
  6. Akhir sekali masukkan mee kuning dan gaul sebati. 
  7. Masukkan pula sawi dan tauge..kacau lagi.. jikalau nampak air kering sedikit atau tak cukup basah boleh ditambah sedikit air lagi..
  8. Kecilkan api dan biar seketika lebih kurang 3 minit..
  9. Selepas itu kacau – kacau sedikit…apabila rasa pun dah ok..semua bahan meresap dalam mee, padamkan api. 
  10. Okey dah siap mee goreng basah saya…
  11. Tuangkan mee keatas pinggan dan hias dengan taburan cili merah..ikut citarasa masing – masing…