Mee Goreng Bodo

Mee Goreng Bodo

Bahan – bahannya :

  • 2 Bungkus mee basah – dicuci dan toskan
  • 8 tangkal cili kering..dicuci , rebus dan dikisar
  • 3 Ketul isi ayam – dihiris dadu
  • 3 Ulas bawang putih – diketuk
  • Segenggam tauge
  • 1 Pokok sayur sawi
  • 2 Camca besar sos tiram
  • 2 Camca besar sos cili
  • 3 Camca besar kicap pekat
  • Sedikit air
  • 1 Kiub pati ayam
  • Garam secukuprasa
  • Minyak untuk menumis
Mee Goreng Bodo

Cara Penyediaan :

  1. Panaskan minyak , tumiskan bawang putih hingga keperangan…
  2. Kemudian masukkan cili kisar ..kacau dan biar seketika sehingga pecah minyak..
  3. Masukkan isi ayam , batang sawi , sos cili ,sos tiram , kicap pekat , kiub ayam , sedikit air dan garam secukuprasa…kacau hingga rata…
  4. Biar sehingga mendidih..
  5. Akhir sekali masukkan mee , sayur sawi dan tauge..kacau sehingga sebati..
  6. Matikan api dan sedia dihidangkan mee goreng bodo..
  7. Selamat mencuba…