Nasi Daging Utara

Nasi Daging Utara

Bahan Daging Rebus :

  • ½ Kilo Daging
  • ½ Biji Hirisan Bawang Holland
  • 3 Ulas Bawang Putih
  • 1 Sudu Teh Serbuk Lada Hitam
  • 1 Sudu Teh Serbuk Kurma
  • 1 Sudu Teh Rempah Beriani
  • Air Secukupnya – Air Kena Lebihkan Sedikit Untuk Masak Nasi Nanti

* Rebus Sehingga Empuk

Bahan Nasi :

  • 2 Pot Beras Basmathi – Direndam 15 minit
  • 1 Sudu Besar Serbuk Kurma
  • 1 Sudu Besar Serbuk Beriani
  • 2 Cawan Air
  • ½ Cawan Susu Full Cream
  • 1 Sudu Teh Garam
  • 1 Ketul Gula Batu
  • Sedikit Serbuk Pati Ayam – Optional
  • Sedikit Daun Ketumbar

Bahan Tumis Nasi :

  • 1 Sudu Besar Minyak Sapi
  • 2 Sudu Besar Minyak
  • ½ Biji Hirisan Bawang Holland
  • 3 Ulas Bawang Putih
  • 1 Inci Halia
  • 2 Helaian Daun Pandan
  • Rempah 4 Sekawan

* Panaskan Minyak , Masukkan Bahan Tumis Kedalam Kuali , Tumis Hingga Bau Wangi.

* Masukkan Rempah Kurma & Rempah Beriani ..Kacau2

* Masukkan Air ,Susu Full Cream & Garam , Gula Batu ,  Serbuk Perasa ,  Beras Yang Sudah Direndam & Daun Ketumbar.

* Kacau2 Rata .Masak Nasi Seperti Biasa

Air Asam Kerisik :

Bahan Kisar :

  • 2 Biji Cili Besar
  • 6 Biji Cili Padi
  • 1 Inci Belacan Bakar

* Kisar Hingga Halus

Bahan Hiris :

  • 1 Biji Tomato
  • 1 Biji Bawang Besar
  • Garam & Gula Secukup Rasa
  • 2 Sudu Besar Kerisik

* Gaul Bersama Bahan Kisar Sehingga Sebati

Cara Penyediaan Yang Lengkap , Boleh Lihat Dalam Video.
Jangan Lupa Like , Share & Subscribe

Terima Kasih..

Nasi Daging Utara

FOLLOW SECUKUPRASA :

Website :
http://secukuprasa.com

Tiktok :
http://tiktok.com/@secukup_rasa

Instagram :
http://www.instagram.com/secukuprasa

Facebook :
http://www.facebook.com/secukuprasa78

Jangan Lupa Like , Comment , Subscribe Channel SECUKUPRASA Ok . Jangan Lupa Juga Tekan Bell Notification Untuk Mengikuti Video2 SECUKUPRASA Yang Menarik2 Untuk Anda Tonton
Terima Kasih Untuk Anda Semua.