Nasi Daging

Nasi Daging

Bahan – bahannya :

  • 2 Cawan beras basmathi – cuci dan direndam 30 minit
  • 350gm daging – yang sudah direbus
  • 3 Cawan air rebusan daging
  • ½ Cawan susu cair
  • 1 Kiub ayam
  • Hirisan daun ketumbar

Bahan Tumis :

  • ½ Biji bawang holland
  • 3 Ulas bawang putih
  • 1 Inci halia
  • 1 Sudu teh serbuk kunyit
  • 2 Sudu besar serbuk kurma
  • 2 Batang akar ketumbar
  • 2 Helai daun pandan
  • 4 sekawan (kulit kayu Manis/bunga lawang/bunga cengkih/buah pelaga)
  • 1 Biji cili besar
  • 2 Sudu besar minyak sapi 
  • 2 Sudu besar minyak masak

Bahan Kisar :

  • 1 Biji bawang besar
  • 3 Ulas bawang merah
  • 1 Inci halia
Nasi Daging
Nasi Daging

Cara Penyediaan :

  1. Panaskan minyak masak dan cairkan minyak sedikit minyak sapi..
  2. Tumiskan hirisan bawang holland , halia , bawang putih , daun pandan , 4 sekawan dan akar ketumbar..tumis sehingga naik wangi..
  3. Masukkan serbuk kunyit dan serbuk kurma..kacau2 rata..
  4. Kemudian masukkan bahan kisar..kacau sehingga sebati..
  5. Masukkan hirisan daging yang sudah direbus..kacau sehingga daging bersalut dengan bahan tumis..
  6. Masukkan 3 cawan air rebusan .. Didihkan sebentar..kacau2 matikan api..
  7. kemudian masukkan beras kedalam periuk nasi , tuangkan bahan tumis , bersama kiub ayam dan susu cair..kacau2 semuanya rata dan sebati..
  8. Masak nasi seperti biasa..
  9. Apabila nasi dah masak baru taburkan daun ketumbar dan bawang goreng.lupa nak taburkan daun ketumbar..😁😁cuma bawang goreng je yang sis letak..
  10. Siap nasi daging..
  11. Selamat mencuba..