Nasi Goreng Ikan Rebus

Bahan – bahannya :

  • 1 Mangkuk nasi sejuk
  • 4 Ekor ikan kembung rebus – ambil isi sahaja
  • 2 Biji telur
  • 1 Sudu besar kicap pekat
  • Sedikit hirisan daun kucai
  • Sedikit hirisan daun ketumbar
  • 1 Sudu teh serbuk lada putih
  • 1 Sudu teh serbuk lada hitam
  • Garam secukuprasa – jika perlu
  • Sedikit minyak untuk menumis

Bahan Kisar :

  • 6 Ulas bawang putih – dikisar
  • 3 Biji bawang merah – dikisar
  • 2 Biji cili besar – dikisar
  • 8 Biji cili padi – dikisar
  • Sedikit belacan

Cara Penyediaan :

  1. Panaskan minyak , tumiskan bahan kisar iaitu bawang putih , bawang merah , cili besar , cili padi dan sedikit belacan hingga wangi dan pecah minyak..
  2. Kemudian masukkan isi ikan kembung..goreng sehingga garing..
  3. Tambahkan pula , kicap , serbuk lada hitam dan garam secukuprasa..kacau2 lagi hingga rata..
  4. Kemudian masukkan nasi sejuk..gaul2 rata..
  5. Ketepikan nasi , pecahkan 2 biji telur kedalamnya..kacau pelahan – lahan sehingga semuanya bersalut dengan rencahnya..
  6. Taburkan hirisan daun kucai , hirisan daun ketumbar dan sedikit serbuk lada putih..gaul rata dan matikan api..
  7. Sedia untuk dihidang dan dinikmati
  8. Dah siap nasi goreng ikan rebus..
  9. Selamat mencuba..