Nasi Goreng Ikan Rebus

Nasi Goreng Ikan Rebus

Bahan – bahannya :

  • 1 Mangkuk nasi putih
  • 8 Ekor ikan kembung saiz sederhana kecil – direbus dan diambil isinya..
  • 5 Sudu besar sambal belacan
  • 3 Batang kacang buncis – dihiris kecil
  • Sedikit serbuk maggi cukuprasa
  • Sedikit ikan bilis
  • Sedikit sayur campuran
  • 1 Sudu besar minyak bijan
  • 2 Biji telur
  • Sedikit minyak untuk menumis
Nasi Goreng Ikan Rebus

Cara Penyediaan :

  1. Panaskan minyak dalam kuali , goreng ikan bilis hingga garing..angkat dan toskan minyak
  2. Buangkan sedikit minyak gorengan ikan bilis ,. tinggal sedikit sahaja dalam kuali , goreng pula isi ikan..goreng sehingga garing..
  3. Kemudian masukkan sambal belacan..kacau sekali dengan isi ikan hingga rata dan pecah minyak..
  4. Masukkan telur dan biarkan telur hampir mengeras baru dikacau supaya telur berketul kasar..
  5. Masukkan pula sayur campuran dan perasa maggi cukuprasa..kacau2 lagi..
  6. Kemudian masukkan nasi sejuk ..kacau hingga rata..
  7. Akhirnya masukkan kacang buncis , minyak bijan dan separuh ikan bilis yang digoreng..kacau sehingga rata dan sebati..
  8. Rasa semuanya secukuprasa..baru matikan api..
  9. Bolehlah diangkat dan dihidangkan. taburkan lebihan ikan bilis goreng keatas nasi ..
  10. Siap nasi goreng ikan rebus..
  11. Selamat mencuba..