Nasi Goreng Tomyam Seafood

Nasi Goreng Tomyam Seafood

Bahan – bahannya :

  • 3 Cawan nasi sejuk
  • 1 Ekor sotong saiz sederhana besar – dihiris bulat
  • 1 Ketul isi ayam – dihiris
  • 14 Ekor Udang – dibuang kulit
  • ½ Batang lobak merah – dihiris
  • 6 Biji cili padi – diketuk kasar
  • 1 Biji telur – digoreng mata
  • 1 Sudu besar sos tiram
  • 2 Sudu besar sos ikan
  • 2 Sudu besar pati tomyam
  • Sedikit serbuk maggi cukuprasa
  • 4,5 Helai daun limau purut
  • Minyak untuk menumis

Bahan Tumis :

  • 2 Batang serai – diketuk
  • 1 Biji bawang besar – dihiris dadu
  • 3 Ulas bawang putih – dihiris
Nasi Goreng Tomyam Seafood

Cara Penyediaan :

  1. Panaskan minyak , tumiskan bahan tumis , serai , bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan..
  2. Kemudian masukkan lobak merah , udang , sotong dan ayam..kacau rata .biar masak sebentar..
  3. Masukkan pula pati tomyam , sos ikan , sos tiram , sedikit serbuk maggi cukuprasa , cili padi , daun limau purut dan sedikit air..kacau rata semua bahan dan biar sebentar hingga semuanya masak..
  4. Akhir sekali , masukkan nasi sejuk.. gaul sehingga semuanya rata dan sebati..
  5. Rasa semuanya secukuprasa..matikan api dan sedia untuk dihidangkan…
  6. Siap nasi goreng tomyam seafood ..
  7. Selamat mencuba..