Nasi Lemak Pandan

Nasi Lemak Pandan

Bahan – bahannya :

  • 3 Cawan beras basmathi – dibersih dan toskan
  • Air pandan secukupnya – 5,6 helai daun pandan dikisar dan tapis ambil airnya .
  • 1 Cawan santan
  • ½ Biji bawang besar – dihiris
  • ½ Inci halia – dihiris
  • 3 Helai daun pandan – dicarik2 dan simpol
  • 1 Batang kulit kayu manis
  • 2 Kuntum bunga lawang
  • Air secukupnya
  • Garam secukuprasa
Nasi Lemak Pandan

Cara Penyediaan :

  • Masukkan kesemua bahan kedalam periuk bersama air pandan dan santan..
  • Kacau2 rata dan tutup tudung periuk ..masak nasi seperti biasa..
  • Bila nasik sudah kering ,semasa masih panas2..leraikan nasi dengan garfu supaya nasi jadi gembur dan berderai cantik..
  • Sedia dihidangkan bersama sambal tumis dan telur rebus .mana2 lauk kesukaan anda..
  • Siap resepi nasi lemak pandan saya…
  • Selamat mencuba..