Nasi Lemak Tanpa Santan

Nasi Lemak Tanpa Santan
Boleh Guna Minyak Kelapa Atau Olive Oil

Bahan – bahannya :

  • 2 Cawan beras basmathi
  • 3 ½ Cawan Air
  • ½ Cawan minyak kelapa / olive Oil
  • 1 Biji Hirisan bawang besar
  • 1 Inci halia
  • 1 Sudu teh halba
  • 2 Helai daun pandan
  • 1 Sudu teh garam
  • 1 Sudu teh gula putih

Cara Penyediaan.

Nasi Lemak Tanpa Santan
  1. Masukkan 2 Cawan beras basmathi yang telah direndam selama 20 minit kedalam kuali..
  2. Tuang 3½ Cawan air..
  3. Tambahkan ½ Cawan minyak masak atau olive oil..
  4. Masukkan juga 1 biji hirisan bawang besar , 1 Inci hirisan halia , 2 Helai daun pandan , 1 Sudu teh garam dan 1 sudu teh gula putih..kacau2 didih sebentar..masak sehingga nasi kering..
  5. Tutup tudung periuk hingga nasi masak sepenuhnya..
  6. Buka tudung gembur2 nasi ..matikan api..
  7. Dah siap..nasi lemak tanpa santan..
  8. Selamat mencuba…