Nasi Tomato

Nasi Tomato

Bahan – bahannya :

  • 3 Cawan beras basmathi
  • Sedikit hirisan daun sup
  • Sedikit bawang goreng
  • Sedikit kacang peas
  • Garam Secukup rasa
  • 1 Kiub ayam
  • 1 Cawan susu cair
  • 3 ½ Cawan air putih
  • 2 Sudu besar minyak masak
  • 3 Sudu besar minyak sapi

Bahan Tumis :

  • 3 Biji bawang merah
  • 3 Ulas bawang putih
  • 1 Inci halia
  • 2 Helai daun pandan
  • 2 Biji cili padi
  • 4 Sekawan
  • 3 Sudu besar pes tomato
  • 1 Biji tomato

Cara Penyediaan :

  1. Masukkan beras basmathi kedalam periuk..ketepikan sebentar..
  2. Kemudian , panaskan minyak sapi dan minyak masak..masukkan bahan tumis kedalamnya..tumis hingga naik bau dan mendidih sebentar..
  3. Apabila mendidih kacau – kacau dan matikan api..
  4. Tuangkan bahan tumisan kedalam periuk yang berisi beras tadi..
  5. Masukkan pula susu cair , air , garam secukuprasa dan kiub ayam..kacau hingga rata..kemudian tutup tudung periuk nasi ..masak nasi seperti biasa..
  6. Apabila sudah kering..buka tudung periuk , gembur nasi..
  7. Taburkan sedikit daun sup , kacang peas dan bawang goreng..tutup kembali tudung periuk dan biar hingga naik wap dan masak sepenuhnya..
  8. Sendukkan nasi letak dalam mangkuk dan tabur sedikit daun sup , kacang peas dan sedikit bawang goreng..
  9. Sedia untuk dihidangkan..
  10. Siap nasi tomato ..