Pandan Slice Cheese Cake

Pandan Slice Cheese Cake

Bahan – Bahannya :

  • 5 Keping keju
  • 200 ml susu segar
  • 70 gm mentega
  • 70 gm tepung gandum – diayak
  • 70 gm gula
  • 4 Biji telur saiz B
  • 1 Sudu teh esen vanila
  • ¼ Pewarna hijau
  • ½ Sudu teh perisa pandan
Pandan Slice Cheese Cake

Cara Penyediaan :

  1. Masukkan slice cheese dan susu segar ke dalam periuk..
  2. Kacau2 hingga slice cheese cair..dengan menggunakan api kecil ok.. kacau sentiasa.
  3. Masukkan perisa pandan dan pewarna hijau. kacau lagi hingga rata..
  4. Masukkan pula mentega dan kacau hingga larut..matikan api dan sejukkan sebentar.
  5. Kemudian , asingkan putih telur dan kuning telur..
  6. Pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue ..
  7. Dalam mangkuk lain.. pukul kuning telur hingga kembang..
  8. Masukkan kedalam adunan cheese yang telah disejukkan..
  9. Kemudian , masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi , pastikan adunan tidak berketul ok..
  10. Akhir sekali campurkan telur putih yang sudah dipukul menjadi meringue ke dalam adunan cheese..
  11. Tambahkan pula sedikit esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata.ketepi sebentar..
  12. Sapukan loyang dengan sedikit mentega dan alaskan dengan kertas.
  13. Balutkan aluminium foil dikeliling loyang..
  14. Kemudian tuang adunan kek ke dalam loyang..
  15. Bakar pada suhu 170’c selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit..
  16. Saya menggunakan loyang kek 7 inci.. dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar , untuk mendapatkan kek yang cantik teksturnya.
  17. Kek ini ringan dan sedap dimakan begitu sahaja..
  18. Siap pandan slice cheese cake saya..
  19. Selamat mencuba