Paprik Ayam Sedap

Paprik Ayam Sedap

Bahan – bahannya :

  • 2 Ketul dada ayam – dihiris dadu sebesar 2 jari..
  • 8 Sudu besar cili kisar
  • 2 Ulas bawang putih – dihiris halus
  • 1 Labu bawang besar holland – di belah dua dan di hiris kasar
  • 1 Biji cili hijau – dihiris
  • 3 Biji cili api merah
  • 1/2 Batang lobak merah – dihiris
  • 1 Ketul kiub tomyam
  • 1 Sudu besar sos cili
  • 3 Biji limau kasturi – ambil jusnya..niza masukkan sekali kulitnya..
  • 1 Keping asam gelugur
  • 1 Sudu besar sos ikan
  • Air secukupnya
  • Garam secukuprasa
  • Minyak untuk menumis

Cara Penyediaan :

  1. Panaskan minyak , tumis bawang putih sehingga naik wangi.
  2. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak.
  3. Kemudian masukkan isi ayam , lobak merah , serai dan sedikit air..kacau rata.biar mendidih seketika.
  4. Akhir sekali masukkan garam secukuprasa , kiub tomyam hancurkan , bawang holland , cili hijau , cili padi merah , asam keping , sos ikan , sos cili dan sedikit serbuk perasa ajinomoto. Kacau sehingga rata.dan biarkan mendidih sehingga lobak merah sedikit lembut dan kuah sedikit kering dan pecah minyak..
  5. Tutup api dan paprik ayam sedap sedia dihidangkan…
  6. Maaf niza terlupa nak letak daun limau purut..
  7. Selamat mencuba..