Pindang Bawal Goreng

Pindang Bawal Goreng

Pindang Bawal Goreng

Bahan – bahannya :

  • 1 Ekor bawal hitam – dipotong 2 , gaul garam kunyit dan digoreng
  • 1 Batang serai – diketuk
  • 3 Biji cili padi
  • Sedikit lada hitam
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit serbuk perasa
  • 1 Biji tomato – dibelah 4
  • 1 Biji bawang besar – dibelah wedges
  • Daun limau purut
  • 3 Keping asam gelugur
  • Air secukupnya
  • Minyak untuk menumis

Bahan Tumbuk :

  • 1/2 Biji bawang besar
  • 3 Ulas bawang putih
  • 1 Inci Halia
  • 1 Inci kunyit hidup

Cara Penyediaan :

  1. Panaskan minyak , goreng ikan bawal sehingga garing..angkat dan ketepikan..
  2. Minyak gorengan ikan , tumis bahan tumbuk sehingga naik bau wangi..
  3. Kemudian masukkan air secukupnya..kacau rata dan biar mendidih sebentar..
  4. Masukkan serai , asam keping , cili padi , lada hitam , daun limau purut dan garam secukup rasa..kacau2 sebentar..
  5. Tambahkan serbuk perasa..kacau lagi..
  6. Kemudian masukkan ikan bawal yang telah digoreng kedalam kuah pindang bersama buah tomato dan bawang besar wedges..kacau rata dan masak sebentar..
  7. Rasanya semuanya cukup..matikan api dan sedia untuk dihidangkan..
  8. Siap pindang bawal goreng..
  9. Selamat mencuba..