Rendang Daging

Rendang Daging

Bahan – Bahan :

  • 1 Kilo Daging
  • 300ml Santan
  • 8 Sudu Besar Cili Kisar
  • 3 Sudu Besar kerisik
  • 3 Keping Asam Gelugor
  • Garam Secukup Rasa
  • 1 Ketul Gula Kabong
  • Sedikit hirisan Daun Kunyit
  • 6 Helai Daun Limau Purut
  • Minyak Untuk Menumis

Bahan Kisar :

3 Biji Bawang Besar

6 Biji Bawang Merah

10 Ulas Bawang Putih

4 Batang Serai

2 Inci Halia

2 Inci Lengkuas

2 Inci Kunyit Hidup

Cara Penyediaan :

  1. Panaskan minyak , tumis bahan kisar sehingga naik bau ..
  2. Kemudian masukkan cili kisar..kacau2 rata.tambahkan asam gelugor..kacau lagi..
  3. Biar sebentar sehingga bahan tumis mendidih..
  4. Masukkan daging , kacau2..tambahkan kerisik, garam dan gula kabong ..kacau2 rata. Masak sehingga pecah minyak..
  5. Kemudian masukkan santan pekat..kacau sehingga rata..taburkan daun limau purut..
  6. Kacau dan masak sehingga daging empuk dan kuah sedikit kering..
  7. Taburkan daun kunyit dan kacau2 sebentar..matikan api..dan sedia untuk hidangkan bersama ketupat , lemang dan nasi impit..sedappp..
  8. Siap rendang daging ..
  9. Selamat mencuba

Cara Penyediaan Yang Lengkap Boleh Lihat Dalam Video..
Jangan Lupa Like , Share Dan Subscribe.

Terima Kasih ..

Rendang Daging

FOLLOW SECUKUPRASA :

Website :
http://secukuprasa.com

Tiktok :
http://tiktok.com/@secukup_rasa

Intagram :
http://www.instagram.com/secukuprasa

Facebook :
http://www.facebook.com/secukuprasa78

Jangan Lupa Like , Comment , Subscribe Channel SECUKUPRASA Ok..Jangan Lupa Juga Tekan Bell Notification Untuk Mengikuti Video2 Secukuprasa Yang Menarik2 Untuk Anda Tonton.
Terima Kasih Untuk Anda Semua..