Rendang Daging

Rendang Daging

Bahan – Bahan :

  • 800gm Daging
  • 300ml Santan
  • 8 Sudu Besar Cili Kisar
  • 3 Sudu Besar kerisik
  • 2 Keping Asam Gelugor
  • 1 Sudu Besar Serbuk Ketumbar
  • 1 Sudu Besar Serbuk Jintan Manis
  • 1 Sudu Besar Serbuk Jintan Putih
  • Garam Gula  Secukup Rasa
  • Sedikit Serbuk Maggi Cukup Rasa
  • Sedikit hirisan Daun Kunyit
  • 6 Helai Daun Limau Purut
  • Minyak Untuk Menumis

Bahan Kisar :

  • 3 Biji Bawang Besar
  • 6 Biji Bawang Merah
  • 10 Ulas Bawang Putih
  • 4 Batang Serai
  • 2 Inci Halia
  • 2 Inci Lengkuas
  • 2 Inci Kunyit Hidup

Cara Penyediaan :

Rendang Daging
  1. Panaskan minyak , tumis bahan kisar sehingga naik bau ..
  2. Kemudian masukkan cili kisar..kacau2 rata.tambahkan asam gelugor..kacau lagi..
  3. Biar sebentar sehingga bahan tumis mendidih..
  4. Masukkan daging , kacau2..tambahkan kerisik , serbuk jintan manis , serbuk jintan putih , serbuk ketumbar , garam gula secukuprasa dan sedikit serbuk maggi cukup rasa..kacau2 rata. Masak sehingga pecah minyak..
  5. Kemudian masukkan santan pekat..kacau sehingga rata..taburkan daun limau purut..
  6. Kacau dan masak sehingga daging empuk dan kuah sedikit kering..
  7. Taburkan daun kunyit dan kacau2 sebentar..matikan api..dan sedia untuk hidangkan bersama ketupat , lemang dan nasi impit..sedappp..
  8. Siap rendang daging ..
  9. Selamat mencuba