Resepi Apam Balik Sedap

Resepi Apam Balik Sedap

Bahan – bahannya :

  • 2 Cawan susu cair
  • 1 Biji telur
  • 1/4 Cawan gula
  • 1 Sudu teh pewarna kuning
  • 1 Sudu teh esen vanila
  • 2 Cawan tepung gandum
  • 1 Sudu teh serbuk penaik
  • 1 Sudu teh soda bikarbonat
  • ½ Sudu teh garam

Bahan Tabur :

  • Gula
  • Keju cheddar
  • Jagung berkrim
  • Butter
Resepi Apam Balik Sedap

Cara Penyediaan :

  1. Masukkan susu cair , telur , gula , esen vanila dan pewarna kuning kedalam balang pengisar..kisar hingga halus…
  2. Kemudian masukkan tepung , serbuk penaik , soda bikarbonat dan garam..kisar lagi sehingga adunan menjadi halus.
  3. Tuangkan adunan kedalam mangkuk..
  4. Rehatkan adunan lebih kurang 30 minit..
  5. Panaskan kuali non-stick ,tak perlu letak minyak ok ..
  6. Masukkan 1 ke 2 senduk adunan ke dalam kuali ikut ketebalan yang disukai.
  7. Bila adunan telah mula berbuih, taburkan gula. Biarkan sebentar sehingga adunan sedikit kering.
  8. Kemudian taburkan keju dan jagung. krim Apabila sudah keperangan, boleh lipat dua dan angkat.
  9. Sapukan marjerin pada apam balik semasa panas dan sedia untuk dimakan.
  10. Siap resepi apam balik sedap saya…