Resepi Ayam Goreng Berlado

Resepi Ayam Goreng Berlado

Bahan – bahannya :

  • 5 Ketul ayam
  • 2 , 3 Helai daun limau purut
  • 2 , 3 Sudu besar air asam jawa
  • Gula perang secukup rasa
  • Garam secukup rasa
  • 1 Biji bawang besar – dihiris butang
  • 6 Biji tomato ceri – dibelah 2
  • 1 Batang serai – diketuk
  • Minyak secukupnya untuk menggoreng

Bahan Kisar :

  • 6 Biji cili merah besar
  • 12 Biji cili padi merah
  • ½ Inci halia
  • 5 Biji bawang merah
  • 3 Ulas bawang putih
Resepi Ayam Goreng Berlado

Cara Penyediaan :

  1. Panaskan minyak dan goreng ayam sampai masak kemudian ketepikan.
  2. Buangkan sedikit minyak gorengan ayam..tinggal sedikit sahaja dalam kuali .
  3. Panaskan minyak dan masukkan bahan kisar dan serai dalam kuali. tumis sehingga cili masak layu.
  4. Masukan gula , garam secukup rasa , daun limau purut dan tomato ceri …kacau2 rata..
  5. Tambahkan sedikit air asam jawa. kacau2 lagi..
  6. Masukkan ayam dan hirisan bawang besar..kacau semuanya sehingga rata dan sebati..
  7. Siap resepi ayam goreng berlado
  8. Sedia untuk dihidangkan..
  9. Selamat mencuba