Resepi Ayam Goreng Kelapa

Resepi Ayam Goreng Kelapa

Bahan – bahannya :

  • 5 Ketul ayam – bersih dan toskan
  • 200 ml santan
  • 2 ½ Cawan kelapa parut
  • 1 Kiub ayam
  • 2 Helai daun pandan – disimpul
  • 1 Sudu teh pes asam jawa
  • Garam secukuprasa
  • Minyak untuk menggoreng

Bahan Kisar :

  • 2 Batang serai
  • 3 Ulas bawang putih
  • 1 Biji bawang besar
  • 1 Inci kunyit
  • 1 Inci halia
  • 3 Biji buah keras
  • 1 Sudu besar biji ketumbar
  • 1 Sudu besar serbuk lada putih
Resepi Ayam Goreng Kelapa

Cara Penyediaan :

  • Masukkan kesemua bahan termasuk bahan kisar…kacau sehingga rata dan masak hingga kuah kering..
  • Kemudian matikan api , keluarkan ayam dan toskan..
  • Sendukkan pula bahan kelapa dan masukkan kedalam penapis…toskan ..
  • Panaskan minyak gorengkan ayam hingga garing..angkat dan toskan minyak..ketepikan..
  • Kemudian minyak yang sama , goreng bahan kelapa yang telah ditoskan air hingga garing..angkat dan toskan minyak sebentar..
  • Masukkan kembali bahan kelapa yang digoreng kedalam kuali bersama ayam goreng..gaul2 sehingga rata..
  • Tuangkan keatas pinggan yang bersesuaian..
  • Sedia untuk dihidangkan..
  • Siap resepi ayam goreng kelapa