Resepi Ayam Masak Merah

Resepi Ayam Masak Merah

Bahan – bahannya :

  • 1/2 Ekor ayam – digaul garam kunyit , digoreng setengah masak..
  • 1 Sudu besar sos cili
  • 1 Sudu besar sos tomato
  • Garam secukuprasa
  • Sedikit serbuk maggi cukuprasa
  • 1 Keping asam gelugur
  • Sedikit daun ketumbar
  • 1 Labu bawang besar – dihiris bulat
  • Minyak untuk menumis
  • Sedikit air..

Bahan Tumis :

  • ½ Labu bawang besar
  • 2 Tangkai daun kari
Bahan Tumis
Resepi Ayam Masak Merah
Resepi Ayam Massk Kicap Pedas
Resepi Ayam Goreng Rempah
Bahan Yang Telah Dikisar

Bahan Kisar :

  • 15 Tangkai cili kering
  • 1 Labu bawang besar
  • 3 Ulas bawang putih
  • 1 Inci halia
  • 1 Batang serai
  • ½ Inci lengkuas – saya tak letak..tiada stok
Ayam Masak Merah
Resepi Ayam Masak Merah

Cara Penyediaan :

  1. Panaskan minyak , goreng ayam setengah masak..angkat dan toskan..
  2. Minyak lebihan goreng ayam..buang sedikit sahaja..
  3. Kemudian panaskan semula minyak , masukkan bahan tumis kedalam periuk..tumis hingga wangi.
  4. Masukkan bahan kisar…tumis hingga pecah minyak.
  5. Kemudian masukkan ayam yang digoreng setengah masak , sos cili , sos tomato , garam secukuprasa , sedikit serbuk maggi cukuprasa , asam keping dan sedikit air..kacau hingga rata..biar sebentar hingga ayam masak ..
  6. Akhir sekali bila ayam masak , masukkan hirisan bawang besar , sedikit daun ketumbar dan sedikit air lagi..kacau – kacau sehingga rata dan biar hingga kuah sedikit pekat..
  7. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
  8. Siap resepi ayam masak merah..
  9. Selamat mencuba..