Resepi Bihun Goreng Sedap

Resepi Bihun Goreng Sedap

Bahan – bahannya :

  • 1 Bungkus bihun – direndam hingga lembut dan toskan
  • 2 Ulas bawang putih – dihiris
  • 2 Ulas bawang merah – dihiris
  • 50 Gm sotong
  • 6 Ekor udang
  • 2 Ketul isi ayam – dihiris dadu
  • 1 Pokok sayur sawi
  • Segenggam taugeh
  • Garam secukuprasa
  • 2 Sudu besar serbuk maggi cukuprasa
  • Minyak untuk menumis

Bihun Goreng

Bahan Sos :

  • 2 Sudu besar sos tiram
  • 3 Sudu besar kicap
  • 2 Sudu besar sos cili

Bahan Kisar :

  • 20 Tangkai cili kering – dikisar
  • 2 Ulas bawang merah

Cara Penyediaan :

Resepi Bihun Goreng Sedap
  1. Panaskan minyak dan tumis hirisan bawang merah dan putih sehingga naik bau.
  2. Masukkan isi ayam , sotong dan udang..kacau hingga rata..
  3. Kemudian masukkan bahan kisar dan kacau rata sehingga cili benar benar masak ..
  4. Masukkan kicap , sos cili dan sos tiram.
  5. Disusuli dengan garam secukuprasa dan serbuk maggi cukuprasa..kacau sehingga rata..Biar ia mendidih sebentar…
  6. Tambahkan sedikit lagi kicap..jika kurang rasa masin..kacau lagi…
  7. Kemudian masukkan bihun yang direndam terlebih dahulu..kacau – kacau hingga bihun bersalut dengan kuah..
  8. Masukkan sayur sawi dan taugeh..
  9. Kacau rata sehingga bihun lembut. Jika bihun belum cukup lembut, masukkan sedikit air lagi..
  10. Akhir sekali, sebelum matikan api , rasa dulu ok..jika kurang boleh ditambahkan garam atau serbuk perasa..
  11. Kemudian bolehlah matikan api.
  12. Sedia untuk dihidangkan..
  13. Siap resepi bihun goreng sedap.