Resepi Bingka Jagung

Resepi Bingka Jagung

Bahan – bahannya :

  • 2 Cawan jagung – 1 Cawan dikisar bersama ½ Cawan susu cair
  • 1 Cawan gula – boleh ditambah jika kurang manis
  • 2 ⅔Cawan tepung gandum
  • 2 Sudu besar tepung kastard
  • 200 ml santan
  • 2 Cawan air
  • 4 Biji telur
  • Garam secukuprasa
  • 1 Sudu besar minyak
  • 1 Sudu besar marjerin
  • Sedikit bijan hitam – untuk tabur
  • Sedikit pewarna – tak letak
Resepi Bingka Jagung
Resepi Bingka Jagung
Resepi Bingka Jagung

Cara Penyediaan :

  1. Sebelum memulakan pembuatan bingka kita..panaskan dahulu oven selama 10 minit..
  2. Sapukan sedikit minyak atau merjerin kedalam loyang ..ketepikan sebentar..
  3. Kemudian satukan kesemua bahan kecuali isi jagung , jagung kisar , marjerin , minyak dan bijan kedalam balang kisar..kisar hingga halus dan sebati..
  4. Tuangkan bahan kisar kedalam mangkuk besar..
  5. Masukkan pula isi jagung , jagung kisar , minyak dan marjerin..kacau sehingga rata dan sebati..
  6. Kemudian tuangkan kedalam loyang dan taburkan bijan hitam keatas permukaan adunan bingka…
  7. Masukkan adunan dalam oven…
  8. Bakar pada suhu 170’C selama 1 jam 15 minit..atau bakar hingga masak..
  9. Bakar guna api atas bawah ok..
  10. Siap resepi bingka jagung saya..
  11. Selamat mencuba .