Resepi Cucur Badak Lembut Dan Sedap

Resepi Cucur Badak Lembut Dan Sedap

Bahan Kulit Cucur Badak :

  • 800 gm ubi keledek – direbus dan dimasukkan sedikit garam
  • 1 Cawan tepung gandum
  • Garam secukuprasa
  • Minyak untuk menggoreng

Bahan Inti Kelapa :

  • 500gm kelapa parut – putih sahaja
  • 1 Sudu besar jintan manis
  • 100 gm udang sayur
  • Garam gula secukuprasa
  • 1 Sudu teh serbuk kunyit
  • 12 Tangkai cili kering rebus dan kisar
  • 5 Biji bawang merah – dikisar
  • 2 Batang serai – dikisar
  • 1 Inci kunyit hidup – dikisar

Cara Penyediaan Inti :

  1. Panaskan minyak. Masukkan semua bahan yang telah dikisar. Masak hingga menggelegak.
  2. Kemudian masukkan kelapa putih bersama garam gula secukuprasa , serbuk jintan manis , udang sayur dan serbuk kunyit . Kacau rata dan sebati.. Matikan api dan ketepikan sebentar.
Resepi Cucur Badak Lembut Dan Sedap

Cara Penyediaan Kulit :

  1. Didihkan air secukupnya dalam periuk ..masukkan ubi keledek bersama sedikit garam..rebus hingga empuk..angkat dan toskan..biar sejukkan sebentar…
  2. Kemudian masukkan ubi yang telah sejuk kedalam mangkuk bersama tepung gandum dan sedikit garam ..Gaul rata semuanya hingga menjadi doh..
  3. Ambil sedikit doh dan bentukkan bulat sebesar bola golf.
  4. Isikan inti di tengah tengah doh..
  5. Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali.
  6. Goreng doh yang telah diisi inti sehingga keemasan. Angkat dan tos.
  7. Ulang goreng hingga habis .
  8. Sedia dihidangkan untuk berbuka puasa..
  9. Siap resepi cucur badak lembut dan sedap
  10. Selamat mencuba..