Resepi Cucur Roti Rangup

Resepi Cucur Roti Rangup

Bahan Cucur Roti :

  • 7 Keping roti – dikoyak2 halus
  • ½ sudu baking powder
  • 1 Sudu kecil serbuk cili kasar
  • Sedikit kunyit
  • 1 Kiub pati ayam
  • Garam secukuprasa
  • 1 Sudu besar tepung jagung
  • 1 Biji telur
  • Air secukupnya..

Cara Penyedian :

  1. Koyak – koyakkan roti ..kemudian masukkan kedalam mangkuk..
  2. Masukkan kesemua bahan kedalam roti kecuali air..
  3. Gaul hingga rata dan sebati..
  4. Masukkan pula air sikit demi sedikit..bancuhannya jangan terlalu cair ok.. agak2 boleh ketui adunan seperti berbola.ketui hingga habis…selesai..
  5. ketepi sebentar..

Untuk Bancuhan Tepung..

Bahan – bahannya:

  • 4 Sudu besar tepung goreng pisang
  • 5 Sudu besar tepung beras
  • 1 Sudu besar serbuk manggi cukuprasa
  • ½ Sudu teh serbuk cili kasar
  • Sedikit serbuk kunyit
  • 1 Biji telur
  • Air secukupnya..
Resepi cucur roti rangup

Cara Penyediaan :

  1. Masukkan kesemua bahan kedalam mangkuk kecuali air..
  2. Kacau2 hingga rata..
  3. Kemudian masukkan air sikit demi sedikit hingga bancuhan menjadi sebati..
  4. Bancuhan tepung jangan terlalu cair dan jangan terlalu pekat..biasa2 sahaja..
  5. Kemudian , panaskan minyak ..celup bebola roti dalam bancuhan tepung dan goreng hingga garing..
  6. Ulang goreng hingga habis..
  7. Angkat dan toskan minyak..
  8. Sedia untuk dihidangkan
  9. Resepi cucur roti rangup siap..
  10. Selamat mencuba..