Resepi Daging Bakar Danok

Resepi Daging Bakar Danok

Bahan – bahannya :

Bahan-bahan Perapan Daging:

  • 350 gm daging – dihiris sebesar tapak tangan dan dikelar2 sedikit
  • 1 Sudu besar sos ikan
  • 1 Sudu besar sos tiram
  • 1 Sudu besar gula perang
  • 1 Sudu besar serbuk cili – ditambah..tak letak pun tidak mengapa..
  • 1 Sudu besar madu
  • 1 Sudu besar sos lada hitam
  • 1 Sudu teh serbuk lada hitam
Resepi Daging Bakar Danok

Cara Penyediaan :

  1. Satukan semua bahan bersama daging dan perap selama 4 jam.
  2. Selepas 4 jam , daging yang sudah diperap bolehlah di bakar ..
  3. Bakar atas dapur biasa atau dalam oven..ikut la citarasa masing2..
  4. Sis nak mudah bakar je dalam oven..
  5. Ambilkan dulang oven lapik dengan jaringnya .kemudian letak daging yang diperap keatas dulang..
  6. Bakar selama 1 jam dengan suhu 180c..atau hingga masak..
  7. Angkat dan hiris nipis2.
  8. Siap daging Bakar danok..
  9. Jom kita tengok bahan dan cara penyediaan pencicahnya pula…

Bahan Sos @ Pencicah :

  • 2 Sudu besar sos ikan
  • 1 Sudu besar kicap cair
  • 1 Biji limau nipis – diperah ambil jusnya
  • 1 Sudu teh sos palm
  • 1 Sudu besar sos tiram
  • 1 Sudu teh gula perang
  • 1 Sudu besar serbuk cili kasar (chili flakes)
  • 1 Sudu besar beras – di sangai dan ditumbuk halus
  • 2 Biji bawang merah – dihiris
  • Daun ketumbar – dihiris
  • Akar ketumbar

Cara Penyediaan :

  1. Sangai beras jangan sehingga hangus..Kemudian ditumbuk halus.
  2. Masukkan kesemua bahan kedalam mangkuk..kacau rata dan sebati..
  3. Rasa ikut citarasa masing-masing.
  4. Sedia dihidang dengan daging bakar panas2..
  5. Siap resepi daging bakar danok..
  6. Selamat mencuba..