Resepi Daging Dendeng

Resepi Daging Dendeng

Bahan Untuk Rebusan Daging :

  • 300gm Daging – dibersih dan dihiris nipis
  • 1 Mangkuk kecil kicap manis

Cara Penyediaan :

  1. Masukkan daging kedalam kuali bersama satu mangkuk kecil kicap manis..
  2. Rebus sehingga kering dan angkat. Biar sejukkan sebentar..
  3. Apabila sejuk tumbuk daging.. Kasar2 sahaja.. Jangan terlalu hancur.. Ulang tumbuk sampai habis..
  4. Panaskan minyak, goreng daging yang telah ditumbuk.. Goreng sebentar sahaja ok..
  5. Angkat dan ketepikan sebentar..

Bahan Kisar :

  • 6 Biji bawang merah
  • 6 Ulas bawang putih
  • 1 Mangkuk kecil cili kering – direbus dan dikisar

Bahan Untuk Daging Dendeng

  • Kicap lebihan rebus daging
  • 3 Sudu besar kicap pekat manis – tak cukup hitam boleh ditambah
  • 1 Sudu besar maggi cukuprasa
  • Garam secukuprasa – jika perlu
  • Sedikit bawang goreng
  • Minyak untuk menumis
Resepi Daging Dendeng

Cara Penyediaan Untuk Daging Dendeng

  1. Panaskan minyak, saya ambil minyak lebihan goreng daging, tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak..
  2. Kemudian masukkan kicap lebihan rebusan daging, bersama kicap pekat dan serbuk maggi cukuprasa.. Kacau2 sebentar..
  3. Akhirnya masukkan daging yang telah digoreng kedalam kuali bersama bawang goreng.. Kacau2 hingga rata dan sebati..
  4. Jika rasa nak yang berkuah.. Boleh ditambah sedikit air..kalau saya suka masak hingga kering..
  5. Matikan api dan tuang keatas pinggan..
  6. Sedia untuk dihidangkan..
  7. Sesuai dimakan dengan nasi atau pulut, roti pun boleh..
  8. Siap resepi daging dendeng saya..
  9. Selamat mencuba..