Resepi Gulai Udang

Resepi Gulai Udang

Bahan – bahannya :

  • 10 Ekor Udang sederhana besar
  • 1 Sudu besar serbuk kari daging
  • 2 Sudu besar serbuk kari udang
  • 1 Cawan santan pekat
  • 2 Biji ubi kentang – dibelah 4
  • 2 Biji tomato – dibelah 2 setiap sebiji
  • 8 Biji cili padi
  • 1 Keping asam gelugur
  • 1 Sudu besar kerisik – tidak letak..tiada stok
  • Garam secukuprasa
  • Air secukupnya
  • Sedikit minyak untuk menumis

Bahan Tumis :

  • 1 Biji bawang besar – dihiris
  • 2 Ulas bawang putih – dihiris
  • ½ Inci halia – dihiris
  • 3 Tangkai daun kari

Bahan Kisar :

  • 1 Biji bawang besar
  • 3 Ulas bawang putih
  • ½ Inci halia
Resepi Gulai Udang

Cara Penyediaan :

  1. Panaskan minyak dalam kuali , masukkan bahan tumis kedalamnya ..tumis hingga kekuningan.
  2. Bila dah kekuningan dan naik bau , masukkan serbuk kari daging , serbuk kari udang , bahan kisar , asam keping dan sedikit air ke dalam periuk.masak hingga pecah minyak..
  3. Masukkan ubi kentang , santan dan air secukupnya.. 
  4. Biarkan mendidih sebentar hingga kentang empuk..
  5. Jika kuah pekat boleh ditambahkan sedikit air lagi..Ikut suka ya nak cair atau pekat. Tetapi nanti udang akan mengeluarkan air.
  6. Masukkan kerisik..tapi saya tidak letak tiada stok..Kalau nak boleh masukkan kerisik.
  7. Kacau lagi hingga kuah mendidih.
  8. Masukkan udang , tomato , cili padi dan garam secukuprasa… kacau rata…
  9. Biar mendidih sekali lagi hingga kuah sedikit pekat dan udang pun masak sepenuhnya .matikan api dan sedia dihidangkan….
  10. Siap resepi gulai udang saya
  11. Selamat mencuba…