Resepi Hati Ayam Masak Kicap Pedas

Resepi Hati Ayam Masak Kicap Pedas
Bahan – Bahannya :

Bahan – bahan Hati Ayam Masak Kicap Pedas
Hati Ayam Yang Telah Digoreng
  • 6 Ketui Hati Ayam – dibelah 2 setiap 1 – digaul garam kunyit
  • 1 Labu bawang besar – dihiris bulat 
  • 1 Biji cili padi merah
  • 2 Sudu besar serbuk cili
  • 1 Sudu besar sos cili
  • 1 Sudu besar sos tomato
  • 1 Sudu besar sos tiram
  • ½ Sudu besar sos plum
  • 1 Sudu besar serbuk maggi cukuprasa
  • Air secukupnya
  • Minyak untuk menumis
Bahan Tumis

Bahan Tumis :

  • 2 Ulas bawang merah
  • 2 Ulas bawang putih
  • 1 Inci halia
  • 1 Biji cili padi merah
Resepi Hati Ayam Masak Kicap Pedas

Cara Penyediaan :

  1. Panaskan minyak..goreng hati ayam hingga garing… tos dan ketepi sebentar…  Panaskan Minyak , masukkan bahan tumis dalam kuali , dan tumis hingga naik bau dan kekuningan… 
  2. Kemudian masukkan serbuk cili dan sedikit air…masak sehingga pecah minyak..
  3. Selepas itu, masukkan Kicap manis , Sos Cili , Sos Tomato , Sos Tiram , sos plum dan serbuk maggi cukuprasa…, kacau hingga sebati , masukkan sedikit Air lagi.. Kemudian biar ia mendidih seketika ..
  4. Masukkan hirisan bawang besar , cili padi merah dan sedikit air lagi…kacau – kacau lagi hingga bawang layu…
  5. Akhir sekali masukkan Hati Ayam yang telah digoreng garing tadi…
  6. Gaulkan… biar semuanya bersalut dengan kuah.., Biarkan sebentar hingga kuah sedikit pekat..rasa semuanya dah secukuprasa..matikan api dan tuang kedalam mangkuk..
  7. Siap resepi hati ayam masak kicap pedas…
  8. Sedia untuk dihidangkan ….