Resepi Ikan Goreng Masak Tomyam

Resepi Ikan Goreng Masak Tomyam

Bahan – bahannya :

  • 3 Ekor ikan gelama – digaul garam kunyit
  • 1 Sudu besar serbuk maggi cukuprasa
  • 1 Sudu besar sos lada hitam
  • 1 Sudu besar sos tiram
  • 1 Sudu besar sos ikan
  • 1 Paket pes tomyam – saya letak pes tomyam putih..yang tu saja ada..ikut citarasa anda ok..
  • 1 Labu bawang besar – dihiris dadu
  • 3 Biji tomato ceri – dibelah 4 setiap sebiji
  • 3 Helai daun limau purut – dihiris halus
  • Minyak untuk menggoreng dan menumis
  • 2 Biji limau kasturi – diambil jusnya

Bahan Kisar :

  • 1 Batang serai
  • 5 Ulas bawang merah
  • 4 Ulas bawang putih
  • 1 Inci halia
  • 20 Biji cili padi
Resepi Ikan Goreng Masak Tomyam

Cara Penyediaan :

  1. Panaskan minyak , goreng ikan terlebih dahulu hingga garing..angkat dan toskan..ketepi sebentar..
  2. Buangkan sedikit minyak gorengan..cuma tinggal sedikit sahaja dalam kuali untuk menumis..
  3. Panaskan minyak , tumiskan bahan kisar dan sedikit air..masak hingga pecah minyak…
  4. Tambahkan pes tomyam dan sedikit air lagi..kacau rata dan masak lagi hingga pecah minyak…
  5. Masukkan sos ikan , serbuk maggi cukuprasa , sos tiram dan sos lada hitam..kacau rata..
  6. Tambahkan sedikit perahan jus limau kasturi , tomato ceri , bawang besar dan hirisan daun limau purut..kacau2 sehingga rata..jika nak kuah boleh tambahkan sedikit air lagi..kacau2 rata..dan matikan api..
  7. Tuangkan sambalnya keatas ikan..
  8. Tabur sedikit daun ketumbar atau daun sup..
  9. Siap resepi ikan goreng masak tomyam..
  10. Selamat mencuba..