Resepi Ikan Goreng Tepung Ala KFC

Resepi Ikan Goreng Tepung Ala KFC

Bahan – bahannya :

  • 7 Ekor ikan tongkol saiz kecil – hiris ambil isinya..
  • Minyak untuk menggoreng

Bahan Bancuhan Tepung :

  • 2 Cawan tepung Gandum
  • 2 Sudu besar tepung jagung
  • 1 Sudu teh soda bikarbonat
  • 1 Sudu teh serbuk cili
  • 1 Sudu teh garam
  • 1 Sudu teh serbuk maggi cukuprasa

Bahan Perapan Ikan :

  • 1 Sudu teh garam
  • 1 Sudu teh lada hitam / putih
  • ½ Sudu teh serbuk cili
  • ½ Sudu teh serbuk maggi cukuprasa
  • Perap selama 1 jam..lebih lama lagi sedap..
Resepi Ikan Goreng Tepung Ala KFC
Resepi Masak Cuka Ikan
Ikan Goreng Tepung Ala KFC
Resepi Ikan Goreng tepung Ala KFC

Cara Penyediaan :

  1. Campurkan kesemua bahan tepung ke dalam 1 mangkuk..gaul rata..ketepikan
  2. Kemudian sediakan 1 mangkuk air putih…
  3. Ambil isi ikan masuk ke dalam tepung ..gaul2 isi ikan hingga rata..
  4. Kemudian celup isi ikan ke dalam air putih..sekejap saja ok..
  5. Masukkan kembali isi ikan ke dalam tepung..gaul lagi supaya isi ikan bersalut tepung dengan baik..
  6. Selepas itu , celup pulak kedalam air..sekejap saja ok..
  7. Ulang 3 kali supaya isi ikan betui2 bersalut dengan tepung…
  8. Panaskan minyak , goreng isi ikan dengan api yang kecil..supaya isi ikan masak dengan baik..
  9. Ulang goreng sampai habis..
  10. Siap resepi Ikan goreng tepung ala kfc
  11. Sedia untuk hidangkan…
  12. Selamat mencuba..