Resepi Ikan Kayu Masak Cuka

Resepi Ikan Kayu Masak Cuka

Bahan – bahannya :

  • 4 Keping ikan kayu – cuci dan digaul garam kunyit..
  • Garam secukuprasa
  • Perasa ( ajinomoto ) jika perlu..
  • 1 Labu bawang besar – dihiris -wedges
  • 3 Ulas bawang putih – dihiris kasar
  • 1 Inci  halia – dihiris kasar
  • 1 Biji cili merah  – dihiris serong
  • 4 Biji cili padi
  • Air secukupnya
  • 3 Sudu besar cuka
Resepi Ikan Kayu Masak Cuka

Bahan Tumis :

  • 2 Ulas bawang putih – dihiris
  • 1 Inci halia – dihiris
  • 3 Ulas bawang merah – dihiris
  • 1 Sudu teh biji sawi
  • Sedikit minyak

Cara Penyediaan :

  1. Goreng ikan yg telah dilumurkan garam dan serbuk kunyit hingga masak dan sedikit garing. Ketepikan.
  2. Buangkan minyak goreng ikan tadi , dan tinggal lebih kurang 3 sudu besar sahaja dalam kuali..
  3. Panaskan minyak , masukkan bahan tumis dan tumis hingga naik bau dan kekuningan.
  4. Masukkan air secukupnya dan cuka , kacau sedikit dan biarkan hingga mendidih.
  5. Kemudian masukkan garam secukuprasa , sedikit serbuk perasa ajinomoto jika perlu , bawang besar , bawang putih dihiris kasar , halia , cili merah , cili padi dan ikan yg telah digoreng tadi. kacau sebentar..
  6. Didihkan sebentar , supaya rasa masam – masam kuah meresap pada isi ikan kayu / ikan tongkol
  7. Akhir sekali..kacau- kacau rata , rasa dah ok ..semuanya secukuprasa..matikan api..
  8. Resepi Ikan kayu masak cuka sedia dihidangkan..
  9. Selamat mencuba…