Resepi Ikan Kembung Masak Masam Manis

Resepi Ikan Kembung Masak Masam Manis

Bahan A

Bahan – bahannya :

  • 4 Ekor ikan kembung – digaul garam kunyit
  • Sedikit air
  • 3 Sudu besar cili kisar
  • 1 Sudu besar jus limau kasturi
  • 2 Sudu besar gula perang
  • Garam secukuprasa
  • Sedikit minyak untuk menumis
Resepi Ikan Kembung Masam Manis
Resepi Ikan Kembung Masak Berlado
Bahan Cincang

Bahan Cincang Halus :

  • 5 Ulas bawang merah
  • 4 Ulas bawang putih
  • 1 Inci halia
  • 4 Biji Cili padi merah
Bahan Hiris

Bahan Dihiris Halus:

  • 2 Helai daun limau purut
  • 4 Biji cili padi merah
Resepi Ikan Kembung Masak Masam Manis
Resepi Ikan Kembung Masak Berlado
Resepi Ikan Kembung sambal
Bahan Sos

Bahan-Bahan Sos:

  • 1 Sudu besar sos tomato
  • 2 Sudu besar sos cili
  • 1 Sudu besar sos plum
  • 1 Sudu besar sos ikan
  • Masukkan kesemua bahan sos kedalam mangkuk dan kacau..
Resepi Ikan Kembung Masak Masam Manis

Cara Penyediaan :

  1. Masukkan minyak dalam kuali ..goreng ikan terlebih dahulu..goreng hingga masak dan garing..ketepikan..
  2. Buangkan minyak goreng ikan tadi , tinggalkan sedikit sahaja dalam kuali untuk menumis..
  3. Panaskan minyak , tumiskan bahan – bahan  cincang sehingga kekuningan…
  4. Masukkan cili kisar dan sedikit air…masak sehingga pecah minyak ..
  5. Masukkan semua bahan sos ke dalam cili kisar..Kacau rata ..biar mendidih sebentar..
  6. Setelah mendidih, masukkan bahan hiris ,cili padi , daun limau purut dan garam gula secukuprasa. Masak hingga kuah sedikit pekat..
  7. Tuangkan ke atas ikan kembung yang telah digoreng terlebih dahulu..
  8. Siap resepi ikan kembung masak masam manis..
  9. Sedia untuk dihidangkan dengan nasi putih panas – panas.
  10. Selamat mencuba….