Resepi Jejari Kentang

Resepi Jejari Kentang

Bahan – bahannya :

  • 430 Gm ubi kentang
  • 50 Gm daun ketumbar
  • 40 Gm tepung jagung
  • 1 Sudu teh cili kasar
  • Garam secukuprasa
  • 2 Keping slice cheese
  • 50 Gm keju chedder
  • Minyak untuk menggoreng
Resepi Jejari Kentang

Cara penyediaan :

  1. Didihkan air dalam kuali atau periuk dan masukkan ubi kentang..rebus hingga kentang empuk..angkat dan toskan air..
  2. Kemudian lenyekkan kentang hingga hancur dan halus..
  3. Masukkan kesemua bahan kedalam ubi kentang yang telah dilenyek halus..gaul hingga rata semuanya..
  4. Kemudian bentukkan adunan memanjang seperti jejari..ulang hingga adunan habis.
  5. Panaskan minyak , gorengkan jejari kentang hingga masak dan sedikit keperangan
  6. Angkat dan toskan.minyak..
  7. Siap resepi jejari kentang saya..
  • Jejari kentang boleh diperbagaikan..nak goreng kosong pun boleh nak salutkan dengan serbuk roti pun boleh..ikut citarasa..